Selepas MESYUARAT KHAS PIBG tanggal 25 Julai 2008, satu lagi mesyuarat diadakan kali ini melibatkan AJK BIRO PERHUBUNGAN dan ahli-ahli jawatankuasa sukarela untuk membincangkan persiapan menjelang 2 Ogos 2008, iaitu tarikh kemarian SENIMAN AZNIL HAJI NAWAWI bagi menjayakan renstra HUP! CAPAILAH KERLIP BINTANGMU.
Mesyuarat seperti biasa diadakan di Rumah Puan Ayesha, di DESA ALPHA Jalan Ipoh.
Mesyuarat kali ini agak luar biasa iaitu bermula dari jam 10.00 malam sehinggalah sampai ke awal pagi iaitu jam 06.00 pagi.
Sebagai NYDP dan Pengerusi Biro Perhubungan saya merakamkan berbanyak terima kasih di atas besarnya pengorbanan para ahli jawatankuasa:
Puan Ayesha + Encik Jamil dan Isteri + Puan Dermawan + Puan Azizah + Dr Shahbahiah Mohd Zain di atas pengorbanan masa dan tenaga, kewangan dan segalanya dalam menjayakan hasrat dan harapan ke arah melahirkan 20 orang pelajar beroleh 5A dalam UPSR 2008 nanti, serta dalam asa-asa menjadikan majlis tanggal 2 Ogos ini sebagai suatu sejarah bagi Sekolah Kebangsaan Batu Empat (1), Jalan Ipoh.
Syabas dan tahniah, serta selaut terima kasih di atas perjuangan yang tidak mengenal erti payah, letih dan pengorbanan yang tulus tanpa sebarang alasan, demi untuk meneroka kejayaan buat para pelajar dan sekolah SKBE (1) agar menjadi sejarah dan contoh kepada semua.
Sebagai Pengerusi Biro Perhubungan PIBG tentunya kekaguman ini dinyatakan bersama doa agar usaha-usaha sebegini akan menjadi rahmat yang akan mencipta kejayaan dan kecemerlangan.
Sesungguhnya bagi setiap orang, tidak ada pekerjaan terbaik selain dari perjuangan dan pengorbanan dalam memastikan kejayaan anak-anak, dan kerana itu program HUP! CAPAILAH KERLIP BINTANGMU ini akan menjadi suatu acara tanggung jawab sosial dalam meraikan perjuangan yang ikhlas demi masadepan semua.
Terima kasih buat semua AJK Perhubungan!
Sekian, wassalam
Dr Abu Hassan Hasbullah
NYDP / Pengerusi Biro Perhubungan
Leave a comment